Terkini Tentang ICT
Pengetua/Guru Besar
Sekolah – sekolah Ahli PKG Gombak
Tuan,
MAKLUMAT TERKINI ICT
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.
2. Berikut disenaraikan maklumat terkini ICT untuk makluman perhatian dan tindakan tuan.
(i) Pengisian data SSQS http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php
– Pengisian data sedang berlangsung mulai 19 Julai-30 Ogos 2010.
(ii) Pengaktifan Email rasmi sekolah
– Sila rujuk dengan Guru Penyelaras ICT untuk mendapatkan alamat email sekolah dan kata laluan. KLIK
(iii) Penyelengaraan ICT http://sts.moe.edu.my/
Mohon pastikan guru ICT mengambil tindakan melaporkan kerosakan peralatan ICT melalui STS
(Support Ticketing System). Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pihak sekolah tidak
akan memperolehi peruntukan bagi membaiki peralatan ICT yang rosak.Sila ambil tindakan sebelum 10 Ogos 2010.
- Sebarang peralatan ICT yang diperolehi sebelum tahun 2002 boleh dilupuskan.Sila Muat Turun
CARTA ALIR PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN – new
SENARAI SEMAK PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
3. Pihak PKG Gombak berharap pihak tuan mengambil tindakan segera terhadap perkara yang dinyatakan.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gombak di talian 03-61889897. Kerjasama dan tindakan tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEJUJURAN DAN KETEKUNAN”
Saya yang menurut perintah,
SAKRI BIN SAID
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Gombak


















