Bengkel Penulisan Kreatif

Bahagian Teknologi Pendidikan Selangor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Selangor sedang menganjurkan Bengkel Penulisan Kreatif bagi pelajar Tingkatan 4 negeri Selangor.Seramai 36 pelajar terpilih sahaja diberi peluang mengikuti program ini.Pemilihan pelajar berdasarkan zon PKG Selangor dimana setiap PKG mencalonkan seorang pelajar untuk mengikuti program ini.

Penceramah utama ialah saudari Salina bt Ibrahim seorang pengarang terkenal dewasa ini.Para pelajar didedahkan dengan pelbagai kaedah penulisan yang berkualiti.Program ini berlangsung sejak awal pagfi dan dijangka berakhir petang esok 1 Julai 2010.

Sedikit Info Mengenai sakrisaid

Leave a Reply